ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 27 Jun 2012

Raja azmi fail cerai hari ini

“Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh,” kata produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, mengenai perceraiannya dengan suami, Jalani Sidek, 48, yang akan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, hari ini.
Raja Azmi berkata, perceraiannya dengan bekas pakar beregu badminton negara itu dilakukan secara baik atas persetujuan bersama, malah mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim.

“Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu.

“Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro, petang semalam.

Raja Azmi berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua, malah keluarga.[sumber]

*Cuak aku..bercerai bukan langkah terbaik untuk membersihkan diri dari fitnah..dah nama pun fitnah..apa nak heran..

2 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...