ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 15 Jun 2012

Didenda akibat tunjuk logo seluar dalam

Nicklas Bendtner bakal berdepan tindakan keras UEFA gara-gara aksi nakalnya ketika meraikan jaringan pada Euro 2012, semalam.

Selepas meledak gol kedua untuk Denmark sewaktu mereka tumpas 2-3 kepada Portugal semalam, penyerang Arsenal itu menarik seluar pendeknya bagi menunjukkan seluar dalam yang tertera logo Paddy Power.

Undang-undang UEFA melarang semua perbuatan yang bertujuan untuk mengiklankan sesuatu produk pada Euro kecuali logo jenama jersi yang dipakai pemain.

Bendtner, 24, mungkin didenda kerana mengiklankan logo seluar dalam iaitu sebuah syarikat penerima taruhan.

Namun pemain berkenaan dijangka mendapat bayaran lumayan di atas tindakannya itu.Semalam, syarikat berkenaan Paddy Power mengeluarkan kenyataan ucapan tahniah kepada pemain tersebut.

Jurucakap Ken Robertson berkata: "Saya benar-benar gembira dengan Nicklas yang berjaya mempamerkan persembahan hebat.

"Saya tidak meragui nasib Ireland, terima kasih kepada seluar dalam yang bertuah itu kerana membantunya meledakkan dua gol!."[sumber]
 
*Cuak aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...