ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 25 Jun 2012

Tangan tersepit ketika mencuri

Seorang remaja berusia 17 tahun tersepit tangannya di mesin layan diri ketika cuba mencuri air botol.

Pelajar Sekolah Tinggi Sweetwater dari National City, California terpaksa menunggu kira-kira sejam dengan tangannya di dalam mesin layan diri Coca Cola kerana dia cuba mencuri air botol melalui lubang penerima tanpa membayar.

Anggota bomba menggunakan kapak, tuil besi, gergaji dan pelbagai alat hidraulik untuk membebaskan tangan remaja itu.Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti pelajar sekolah tinggi itu.

Remaja itu yang membawa bersamanya papan luncur, membuat keputusan untuk menyeluk tangannya ke dalam lubang penerima, tempat di mana botol akan jatuh untuk diambil oleh pembeli selepas membayar harganya.

Namun begitu, tangannya tersepit di dalam.Dia cuba beberapa kali untuk menarik tangannya keluar dari situ.

Seorang penduduk terlihat remaja itu dan terus menelefon polis.Anggota bomba, polis, paramedik dan keselamatan segera ke tempat kejadian.

Apabila kru kecemasan tidak menemui kunci yang dapat membuka pintu mesin itu, mereka membuat keputusan untuk menggunakan peralatan berasingan untuk melepaskan remaja itu.

Anggota bomba pada mulanya menggunakan kapak untuk memotong bahagian tepi mesin itu.Mereka kemudian menggunakan tuil besi dengan harapan dapat membantu melepaskan remaja itu.

Tetapi, kedua-dua cara yang digunakan tidak berhasil dan anggota bomba menyelimuti remaja itu dengan selimut dan mula menggunakan alat hidraulik.

Anggota bomba juga menggunakan gergaji elektrik dan akhirnya berjaya membebaskan remaja itu.Pelajar sekolah tinggi itu dirawat kerana cedera ringan dan rasa kebas.[sumber]
 
* Cuak aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...