Menjelang sambutan ulang tahun ke-485 Jakarta, imej ibu negara Indonesia itu dicemari dengan keputusan kaji selidik terbaru mengenai kota raya paling dibenci di dunia.
Laman sesawang percutian CNNGo menyenaraikan Jakarta di tempat ketujuh daripada 10 bandar raya paling tidak disenangi di dunia.
Penilaian itu dibuat berdasarkan tahap pengurusan penempatan yang lemah sehingga menyukarkan orang awam dan pelancong.
Jakarta juga dinilai sangat buruk daripada aspek kesesakan jalan raya dan pencemaran alam sekitar.
Keadaan diburukkan lagi dengan jurang perbezaan ketara antara kemiskinan dan percambahan pusat beli-belah di situ.
Justeru, calon Gabenor Jakarta mewakili Parti Keadilan Sejahtera, Hidayat Nur Wahid, menyatakan kebimbangannya.
“Tanggapan itu dibuat oleh pelancong yang berasa Jakarta sebagai bandar raya yang dicengkam masalah kesesakan, pencemaran dan kemelaratan sesetengah penghuninya,” katanya.
Menurut Hidayat, semua pihak perlu berusaha bersungguh-sungguh mengubah persepsi itu.“Kita memerlukan perspektif baru dalam membangunkan Jakarta,” katanya.
Bagi Hidayat, Jakarta mesti dibangunkan sebagai bandar moden yang menyediakan persekitaran sejahtera untuk penghuninya, selain mempertahankan budaya tempatan.
Katanya, ia boleh dilakukan dengan perubahan kepemimpinan di situ.“Itu sebabnya kita perlukan pemimpin baru,” katanya.
Tijuana di Mexico menduduki tempat pertama sebagai bandar raya paling dibenci, diikuti Sydney dan Melbourne (Australia), Paris (Perancis), Timbuktu (Mali), Los Angeles (AS), dan Lima (Peru). Bandar raya yang berada di kedudukan lebih baik berbanding Jakarta ialah New Delhi (India), Kaherah (Mesir) dan Belize City (Belize).[sumber]
*Cuak aku..
ada pulak macam ni?
BalasPadamSysdney dan Melbourne pun kena..
BalasPadamtipu ler survey ini...