ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 22 Disember 2011

Tapis filem sendiri..?Boleh ke?

Mulai tahun depan, semua penerbit dan pengeluar filem tempatan dan antarabangsa akan menapis sendiri filem yang akan ditayangkan di panggung wayang dan televisyen di negara ini.Itu kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam alasannya konsep keterbukaan.

Ok lah boleh jugak terima.tapi yang mencuakkan aku sebagai permulaan diaorang akan membenarkan penayangan dua filem iaitu Hantu Kapcai dan satu lagi filem (nama dirahsiakan) di panggung wayang tidak lama lagi walaupun terdapat unsur yang bertentangan dengan akidah umat Islam..diulang sekali lagi..walaupun terdapat unsur yang bertentangan dengan akidah umat Islam. diaorang kata mahu rakyat atau penonton berfikir dan menapis sendiri filem yang akan ditayangkan kerana penonton cukup matang untuk membuat pilihan.

Dan Mahmood berkata juga keterbukaan itu bermakna kerajaan tidak akan menyekat penayangan filem termasuk mengandungi unsur lucah atau adegan ranjang, tahyul, khurafat atau menghina agama Islam kecuali ia melampau batas.

Boleh pulak macam tu ye..Dah tau filem tu ada unsur2 bertentangan di keluarkan buat apa? tak paham betul aku..tak bleh ke potong awal2 lagi..

Lagi satu diaorang kata KDN bersama agensi kerajaan lain dan pemilik panggung wayang akan menyiarkan notis amaran pada skrin di panggung wayang untuk memaklumkan kepada masyarakat atau penonton sekiranya terdapat unsur lucah atau adegan ranjang dan menghina atau menyentuh sensitiviti kaum dan agama..

Buatnya yang datang panggung dah bawak family dah siap beli tiket..baru nak duduk tiba2 keluar notis amaran kata filem ni berunsur lucah..bleh ke kluar mintak duit kat tokey panggung tu..nak teruskan tengok anak2 ada pulak..Masalah betul la idea ni..Untuk yang dewasa dan matang boleh la..pada yang tidak?? siapa yang nak jadi tukang tapis nya..

Kenyataan ini aku baca kat metro klik [sini]..korang boleh baca dan nilai sendiri..bukan aku yang kata diaorang yang kata ok..Kalau korang rasa aku punya pemahaman kat berita tu salah..bagi la tau..sama2 bagi pendapat...

*Cuak aku.. lepas ni  pegi panggung bawak penapis sendiri la dari rumah..penapis santan pun bleh jugak. kih kih kih

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Jom bawa penapis sendiri..haha

    Sbnrnya, kena ada tapisan yg teliti drpd pihak yg berkewajipan..jgn kerana duit dan untung, sanggup membiarkan tul tak..

    BalasPadam
  2. betol ke ni?? ni mesti kes malas buat keja dah ni.. bahaya ni trutama ny remaja2 yang blum ckup umur ni.. hehehe...

    BalasPadam
  3. bahaya ni...filem2 yang nak ditayangkan ni mesti la kena tapis dulu..boleh ditayangkan ataupun tidak kan...

    BalasPadam
  4. akak tak suka lah pergi panggung ni..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...