ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 28 Jun 2012

Ketumbuhan 15kg di badan kanak-kanak

Sekumpulan doktor di Mexico berjaya membuang ketumbuhan seberat 15 kilogram (kg) daripada badan seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Jesus Rodriguez. 

Pengarah Pediatrik Pusat Perubatan La Raza di sini, Dr. Gustavo Hernandez berkata, ketumbuhan tersebut lebih berat daripada pesakit itu.

Beliau berkata, kanak-kanak itu ketika dibedah pada 14 Jun lalu mempunyai berat badan 12kg.

Doktor itu menyatakan kanak-kanak tersebut dilahirkan bersama satu bonjolan yang membesar sehingga ke bahagian celah lengan dan pinggul kanannya.

Kanak-kanak itu berasal dari negeri Durango di utara Mexico.Hernandez memberitahu, sepasukan doktor mengambil masa sehingga 10 jam untuk membuang ketumbuhan tersebut.

Menurutnya, pesakit itu berada dalam keadaan baik dan semakin sembuh.Beliau berkata, pembedahan tersebut adalah yang pertama melibatkan doktor di Mexico membuang ketumbuhan bersaiz lebih besar daripada pesakit.[sumber]

*Cuak aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...