ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 23 Jun 2012

Lelaki berjaga 11 malam demi Euro mati

Gara-gara menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 secara melampau, seorang lelaki mati selepas berjaga berterusan selama 11 malam, lapor media semalam. 

Penyokong England dan Perancis, Jiang Xiaoshan, menahan dirinya daripada terlelap bagi mengelak terlepas aksi setiap perlawanan bola sepak yang berlangsung ketika ini. Menurut media, Jiang mati akibat letih melampau. 

Disebabkan perbezaan masa, Jiang dilaporkan berjaga setiap malam bersama rakan-rakan sebelum pergi bekerja keesokan hari.

Selepas perlawanan Ireland menentang Itali, Sina.com melaporkan, Jiang pulang ke rumahnya di Changsha kira-kira jam 5 pagi. “Dia kemudian mandi, tertidur dan tidak membuka matanya langsung selepas itu,” lapor Sina.com.

Rakan Jiang berkata, kematian itu mengejutkan kerana setahu mereka, Jiang “agak sihat” dan aktif bermain bola sepak mewakili universitinya beberapa tahun lalu. 
 
Namun, sumber lain berkata, kesan pengambilan alkohol dan rokok, bercampur faktor keletihan kerana berjaga menyebabkan sistem imunisasi Jiang lemah.[sumber]
 
*Cuak aku..gila bola membawa mati..jangan dibuat2..

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. lepas ni . kena jaga laki yang obses ngn bola tu . hahah

    BalasPadam
  2. Obses sangat.. pastu smpai tak leh seimbangkan cara hidup..huhuu

    BalasPadam
  3. haha. mati ke tidur lama? nak cover tidur 11 mlm yg terlepas .. hahah!

    BalasPadam
  4. bahaya kalau macam ni..sanggup berjaga..11 malam tu..tak ke kerja gila namanya tu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...