ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 17 Disember 2011

Pemuda Melayu 'kahwin' lelaki

Seorang pemuda Melayu mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.
 
Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis 'perkahwinan' itu berlangsung.Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar 'suami-isteri'.

Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.

Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.[sumber]

*Cuak aku..Kesian kat mak bapak budak ni.. kih kih kih

10 Pengkritik Yang Cuak:

  1. ingat kan hilang kat dublin tapi kawin suda

    BalasPadam
  2. sian mak ayah dia...kena byr anti rugi rm90k...

    BalasPadam
  3. entahlah apa nak kata...orangnya dah pandai, belajar luaq lagi...tapi cetek betul pemikiran

    BalasPadam
  4. speechless..smoga dia sedar one day nt..

    BalasPadam
  5. macam x ada perempuan dah kot kat dunia ni.. haish.. memalukan betul...

    BalasPadam
  6. semoga doe insaf dan kembali ke pangkal jalan..

    BalasPadam
  7. xtau kata apa..moga ALLAH bukakan hatinya..

    BalasPadam
  8. salam;
    diorang belum mengalami bagaimana rasa bila kita koma...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...