ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 22 Disember 2011

Bayi berkepala dua

Seorang wanita dilapor melahirkan bayi berkepala dua.Bayi lelaki seberat 4.5 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.

Keputusan imbasan menunjukkan, walaupun bayi itu mempunyai dua kepala yang sempurna, dia mempunyai satu jantung dan semua organ pentingnya berfungsi secara normal.Menurut doktor, bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal.

Wanita berusia 25 tahun itu yang tinggal di kawasan pedalaman Para, tidak menjalani pengimbasan ultra- sound sepanjang kehamilannya dan hanya mengetahui mengenainya beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya pada awal pagi Isnin lalu.

Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar O Povo, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk.

Ini adalah kali kedua bayi berkepala dua dilahirkan di Brazil tahun ini.Sebelum ini, Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi ia meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya.[sumber]

*Cuak aku..Tanda kebesaran Allah Yang Maha Pencipta

6 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...