ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 4 November 2012

Wanita paling kurang menipu

Lelaki memang berkemungkinan tinggi lebih banyak menipu apabila tinjauan mendapati golongan itu secara purata menipu tiga kali sehari atau 1,092 setahun, manakala wanita cuma berbuat demikian 728 kali setahun atau dua kali sehari.
wanita bohong demi beli baju baru
Namun, keadaan berbeza apabila menyentuh usaha menyembunyikan baju baru daripada pasangan dengan 39 peratus wanita berasa perlu membohongi mengenai pertambahan baju dalam almari mereka, berbanding cuma 26 peratus lelaki.


Laporan akhbar Daily Express melaporkan, wanita lebih berkemungkinan berpura-pura sibuk untuk mengelakkan panggilan telefon, 50 peratus mengaku berbuat demikian berbanding cuma 33.33 peratus lelaki, menurut penyelidikan Perkhidmatan Kewangan BMW.

Sifat manusia

Walaupun menipu menyebabkan dilema moral, Profesor Perkembangan Psikologi di Universiti Hertfordshire, Karen Pine, berkata ia adalah sifat manusia.

“Kita rasa menipu itu sifat buruk tetapi sebenarnya kemampuan memperdaya orang lain membantu kelangsungan hidup. Nenek moyang kita perlu bersaing mendapatkan sumber dan menipu untuk mengatasi musuh,” katanya.[b.harian]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...