Menteri kehakiman wanita pertama Perancis berpacaran dengan lapan 
teman lelaki ketika dia melahirkan anak luar nikah, dakwa satu laporan 
semalam.
Pendedahan mengenai kisah cinta Rachida Dati yang luar biasa  itu 
timbul ekoran pertelingkahan mengenai siapakah bapa kepada anak 
perempuan wanita berusia 47 tahun itu. 
Ahli perniagaan dan jutawan, 
Dominique Desseigne, 68, enggan menjalani ujian DNA selepas dituduh 
sebagai bapa kepada kanak-kanak perempuan itu.   Rachida sudah ke 
mahkamah untuk cuba membuatkan Desseigne mengakui bahawa dia bapa kepada
 Zohra, kini berusia tiga tahun hasil hubungan asmara mereka pada 2008. 
Namun, Desseigne memberitahu  majalah Le Mode, hujung minggu lalu 
bahawa dia adalah seorang daripada ramai lelaki yang menjalin hubungan 
dengan Rachida. Dia juga tidak tahu jika dia bapa kepada Zohra. 
Tambahan
 pula, peguamnya menyarankan dalam bukti bertulis bahawa Rachida 
terbabit dengan lapan hubungan pada ketika itu.   Mereka termasuk hos 
televisyen, menteri, ketua eksekutif pejabat, Perdana Menteri Sepanyol, 
adik lelaki kepada Nicolas Sarkozy, Peguam Negara Qatar dan pewaris 
empayar barangan mewah, lapor majalah itu.
Desseigne kini menolak permohonan Rachida yang dibuat di mahkamah Versailles dekat Paris agar menjalani ujian itu.
Menurut undang-undang Perancis, sesiapa yang diminta menjalani ujian 
itu boleh menolaknya walaupun Rachida dikatakan mempunyai bukti, 
termasuk kenyataan bersumpah daripada kakitangannya bahawa Desseigne 
melawat ‘anak mereka’ secara tetap sejurus selepas dia dilahirkan.
Mereka yang disyaki bapa kepada Zohra pada masa lalu, termasuk sebilangan tokoh masyarakat daripada Perdana Menteri Sepanyol, Jose Maria Anzar hingga kepada bekas Perdana Menteri Perancis, Nicolas Sarkozy.
Rachida 
yang terkenal sebagai individu yang suka menonjolkan diri menggalakkan 
spekulasi dalam sebilangan wawancara di majalah seperti Paris Match di 
mana dia turut muncul dalam sesi fotografi yang glamor.
Pendedahan terbaru itu akan meningkatkan reputasi ahli politik Perancis dan tokoh masyarakat lain sebagai kaki perempuan yang tidak pernah berhenti menjalin hubungan seks secara haram.
Bulan lalu,  wanita pertama 
Perancis sekarang, Valerie Trierweiler didakwa pernah menjadi perempuan 
simpanan kepada bakal Presiden Parti Sosialis, Francois Hollande dan 
Menteri Parti Konservatif, Patrick Devedjiana.
Ketiga-tiganya termasuk Valerie telah berkahwin atau mempunyai hubungan jangka panjang dengan orang lain pada waktu itu.
Rachida yang berasal daripada keluarga pendatang dari Afrika Utara dan pernah gagal dalam perkahwinannya menjalani kehidupan sebagai wanita solo sejak berusia awal 20-an.
Dia menjadi bintang dalam ‘kabinet pelangi’ 
Sarkozy yang terdiri daripada pelbagai etnik pada 2007 dalam usaha 
membabitkan golongan minoriti dalam kerajaan, tetapi dipecat pada 2009 
kerana didakwa tidak layak memikul tugas diberikan.[metro]

