Ahli kaji purba China mendakwa, ikan terbang
tertua di dunia telah wujud kira-kira 240 juta tahun dahulu atau 80 juta
tahun sebelum kemunculan spesies burung.
Fosil ikan itu yang kini berada di muzium China telah direkod dan
dikelaskan bagi menunjukkan tentang kewujudannya, lebih awal daripada
jangkaan penyelidik.
Ikan prasejarah yang nama saintifiknya Potanichthys xingyiensis didakwa terbang bagi mengelakkannya menjadi buruan pemangsa.
Bagaimanapun, ikan yang hidup 50 juta tahun sebelum kemunculan
dinosaur itu tidak mempunyai kaitan dengan ikan terbang yang hidup pada
zaman moden, tetapi berevolusi untuk tujuan yang sama.
Kajian yang didedahkan oleh jurnal Proceedings of the Royal Society B
dan diterbitkan hari ini juga menyatakan, ikan yang ditemui di China
itu 27 tahun lebih tua berbanding spesies yang ditemui di Eropah.
Dr. Guang-Hui Xu dari Institut Paleontologi Vertebrat dan
Paleontropologi di China berkata, ikan pelik itu dipercayai keturunan
dinosaur kecil berbulu yang telah wujud sebelum burung.
Ikan yang ditemui pada tahun 2009 di China itu mempunyai ukuran 15 sentimeter panjang dan mempunyai empat sayap.[utusan]