Kebiasaannya telefon bimbit terkini mempunyai ciri-ciri moden dan 
canggih bagi memenuhi kehendak dan menarik perhatian golongan muda.
Bagaimanapun, sebuah syarikat telekomunikasi di United Kingdom (UK), Age UK memperkenalkan telefon bimbit khas untuk warga emas.
Telefon berharga 55 pound (RM269.50) itu direka khas dengan ciri-ciri
 membuat panggilan mudah untuk mereka yang tidak biasa menggunakan 
teknologi canggih atau mempunyai masalah penglihatan.
Berbanding menekan nombor untuk membuat panggilan, pemilik telefon 
hanya perlu menekan butang yang memaparkan nama rakan dan keluarga.
Telefon tersebut mampu menyimpan sehingga lapan nombor telefon yang 
dipilih oleh pemilik dan diprogramkan ke dalam gajet itu ketika dibeli.
Butang dengan tulisan 'jawab panggilan' dan 'padam/tutup' juga jelas tertera di telefon tersebut.Pendekatan asas telefon itu memudahkan warga emas daripada terpaksa 
belajar menggunakan skrin sesentuh telefon pintar yang sukar difahami 
mereka.[utusan]

