Kekayaan bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal meningkat 
sebanyak 32 peratus kepada AS$ 22.9 bilion (RM69 bilion)  tahun lalu, 
menjadikan beliau orang Arab paling kaya.
Menurut senarai ‘200 Orang Paling Kaya Dunia’ yang dikeluarkan 
Bloomberg, kekayaan putera itu meningkat sebanyak AS$5.6 bilion (RM2 
bilion) sepanjang 12 bulan lalu.
Pengerusi Kingdom Holding berusia 57 tahun itu menduduki tangga ke-20 senarai berkenaan. Pelaburannya termasuk dalam syarikat Apple, News Corporation dan Twitter.
Seorang lagi bilionair Arab Saudi, Mohammed Al Amoudi menduduki 
tangga ke-10  senarai berkenaan dengan kekayaannya meningkat sebanyak 
10.7 peratus kepada AS$10.1 bilion (RM30 bilion). 
Pengerusi Bank Al 
Rajhi, Sulaiman Bin Abdul Aziz Al Rajhi menduduki tangga ke 140 dengan 
kekayaannya meningkat 5.2 peratus kepada AS$7.9 bilion (RM24 bilion).[metro]

