Seekor udang karang unik berwarna oren dan hitam yang sinonim dengan 
warna hari Halloween diberikan rumah baharu di Akuarium New England di 
sini, Amerika Syarikat (AS).
Orang ramai terutama kanak-kanak akan memakai kostum menyeramkan pada
 perayaan tersebut yang dikaitkan dengan elemen hantu dan disambut pada 
setiap 31 Oktober di AS.
Udang betina seberat 450 gram itu yang diberi nama Split, ditangkap 
di perairan Lautan Atlantik dekat bandar Salem, dalam negeri 
Massachusetts pada minggu lalu.
"Haiwan ini memang memiliki belang oren hitam," kata seorang 
jurucakap pusat akuarium tersebut berhubung spesies yang jarang ditemui 
itu.
Bahagian kiri udang tersebut berwarna hitam, manakala warna oren terdapat di sebelah kanannya.Mengulas mengenai keganjilan tersebut, beberapa pakar biologi marin 
berkata, warna pelik itu mungkin disebabkan oleh pemecahan sel semasa 
proses persenyawaan. 
Hidupan laut itu bakal dipamer kepada orang ramai selepas tempoh kuarantin tamat."Dianggarkan terdapat cuma seekor udang karang seperti ini dalam 
setiap 50 hingga 100 juta udang karang," ujar pihak akuarium berkenaan.Udang karang pada kebiasaannya berwarna hijau.[kosmo]

