Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu mengalami kerugian RM5,000
apabila wang hantaran perkahwinannya disamun dua lelaki yang
berpura-pura dilanggar keretanya di Jalan Pusara di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 12.15 pagi, mangsa Mohd. Hermansani
Aminudin, 29, atau popular dengan panggilan DJ Bell dalam kalangan
pendengar radio memandu kereta seorang diri selepas gagal mendepositkan
wang tersebut ke dalam akaun sendiri selepas mesin pengeluaran automatik
(ATM) semasa itu berada dalam keadaan luar talian.
Dia yang tinggal di Batu Buruk di sini kemudian bercadang untuk minum
di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin kira-kira satu kilometer dari bank
yang dikunjungi.
Bagaimanapun, cerita Hermansani, ketika sampai di Jalan Pusara
tiba-tiba dia ternampak sebuah motosikal dinaiki dua lelaki rebah di
depan keretanya.[kosmo]