Anda mungkin terkejut apabila diberitahu binatang juga pandai berkata-kata.Itulah yang berlaku di Zoo Everland di Yongin, Korea Selatan apabila
seekor gajah boleh berkata-kata, biarpun belum menguasai kemahiran
bercakap sepenuhnya.
Gajah jantan berusia 22 tahun yang dinamakan Koshik itu menggunakan
hujung belalai untuk mengeluarkan bunyi seolah-olah seperti suara
manusia.
Menurut penyelidik Angela Stoeger dari Universiti Vienna, Koshik
pandai berkomunikasi dalam bahasa Korea sejak Ogos 2004 ketika berusia
14 tahun.
Menurut laporan Journal Current Biology, mamalia itu mampu berkomunikasi apabila mendengar arahan, namun ada ketikanya ia 'bercakap' tanpa disuruh.
Stoeger yang merupakan pakar dalam komunikasi gajah berkata,
percakapan manusia mempunyai dua aspek penting iaitu nada dan intonasi
suara.
"Koshik sangat luar biasa, ia mampu membezakan antara kedua-duanya," katanya.Antara lima perkataan yang disebut gajah itu ialah annyong (hello),
anja (duduk), aniya (tidak), nuo (baring) dan choah (bagus).[utusan]