Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) didakwa merakam beberapa pemandu Perodua Myvi yang berlumba di Lebuhraya DUKE, Sabtu lalu sudah dimuat naik ke laman YouTube dan Facebook.
Dalam rakaman berdurasi 29 saat itu, beberapa kenderaan termasuk enam Myvi dipandu dengan laju berbanding kenderaan-kenderaan lain.
Berdasarkan individu yang memuat naik rakaman CCTV itu, ia dirakam beberapa minit sebelum kejadian kemalangan yang mengorbankan tiga beranak termasuk bayi berusia tujuh bulan.
Secara keseluruhan, video berkenaan dikongsi lebih tujuh ribu pelayar dan ditonton lebih 130,000 kali.[sumber]