Sekumpulan nelayan di sini terkejut selepas seekor ikan pari gergasi seberat hampir satu tan terperangkap dalam jaring mereka.
Seorang nelayan, Franco Vergara berkata, ketika kejadian, dia bersama beberapa rakannya yang menaiki sebuah bot kayu menangkap ikan di kawasan pantai di bandar ini.
“Tiba-tiba bot kami bergoyang dengan kuat dan hampir terbalik.“Saya terus melihat di sisi bot dan ternampak seekor ikan pari gergasi terperangkap di dalam jaring yang kami pasang,” katanya.
Dia tidak pernah melihat ikan pari seperti itu dan hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Gambar ikan pari itu yang diangkat menggunakan kren dirakam seorang pelancong, Kelly Cruz Cumpen sebelum dimuat naik di laman sosial.
Pari manta antara spesies ikan pari terbesar di dunia.Haiwan itu yang terbesar pernah direkodkan di Lautan Atlantik mempunyai badan selebar lebih sembilan meter.[sumber]