ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 4 Mei 2015

NAHAS DUKE: Pemandu dibebaskan

Pemandu wanita kereta Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan maut yang mengorbankan tiga beranak di Lebuhraya DUKE dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, pemandu wanita berusia 35 tahun itu ditahan semalam selepas mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur di atas kecederaannya akibat kemalangan itu.

Bagaimanapun, dia dibebaskan pada hari sama selepas dirakam keterangan dan dibuat ujian air kencing, katanya.

Katanya, pihaknya turut menerima laporan polis daripada tiga pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang lain dalam tempoh 24 jam sejak kejadian itu berlaku.

"Keterangan semua pihak sudah dirakam termasuk seorang saksi kejadian dan siasatan akan mengambil kira semua keterangan berkenaan.

"Kami memandang serius kes kemalangan ini dan siasatan dijangka selesai minggu depan," katanya kepada Harian Metro.

Dalam kejadian di Kilometer 6.3 Lebuhraya DUKE pada 1.05 pagi semalam, Fairuz Nizam Husain, 35, disahkan terbunuh di tempat kejadian manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak mereka yang berusia tujuh bulan Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).[sumber]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...