ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 18 April 2014

Penyanyi rap potong zakar sendiri

Seorang penyanyi rap yang pernah membuat persembahan bersama Wu-Tang Clan memotong zakarnya sebelum cuba membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan, kata polis, semalam.
Andre Johnson dikejarkan ke hospital semalam selepas dia terjun dari tingkat dua balkoni sebuah apartmen di Hollywood Utara.

Johnson ditemui dalam keadaan parah di tepi jalan dan dibawa ke hospital dengan zakarnya yang terputus. Tidak dapat dipastikan jika doktor cuba mencantum semula zakarnya, lapor TMZ.

Rakan penyanyi rap yang tinggal di bangunan itu memberitahu semalam, Johnson memotong zakarnya dan terjun dari tingkat dua secara tiba-tiba.

Kejadian berlaku dengan pantas, apabila rakannya turun ke bawah, Johnson dikatakan sudah berdiri, berlari sambil menjerit, lapor laman web itu.

Kejadian itu dikatakan tidak membabitkan sebarang dadah berbahaya.

Johnson, penyanyi rap dikenali dengan nama Christ Bearer dalam kumpulan Northstar. Bakatnya ‘ditemui’ oleh produser Wu-Tang dan penyanyi rap RZA pada tahun 1998. Dia menerbitkan album pertama kumpulan itu RZA Presents Northstar pada 2004.

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles memberitahu semalam, ada individu dibawa dengan ambulans ke hospital tempatan berikutan kemalangan sejurus sebelum 1 pagi. Ia bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu terbabit atau kecederaan yang dialaminya. [sumber]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...