ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 30 Disember 2014

Kapal makhluk asing mendarat di ladang

Penduduk di bandar Texcoco dekat sini gempar selepas beberapa corak aneh dikesan terbentuk di sebuah ladang barli baru-baru ini.

Ramai penduduk percaya bentuk aneh yang disedari seorang penduduk pada awal pagi Krismas lalu itu adalah kesan sebuah kapal makhluk asing yang mendarat di ladang tersebut.
Sehari sebelum penemuan itu, beberapa penduduk tempatan mendakwa melihat satu objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar berhampiran kawasan berkenaan.
Sebuah akhbar tempatan melaporkan, seorang daripada penduduk itu mendakwa melihat UFO bercahaya terbang di kawasan berkenaan pada waktu malam sebelum bentuk aneh itu dikesan di ladang barli tersebut.
“Saya terkejut apabila melihat corak aneh di ladang barli itu dan terus membuat laporan polis kerana bimbang ia mungkin kesan daripada pendaratan kapal makhluk asing,” katanya.
Bagaimanapun, beberapa pakar beranggapan corak itu mungkin perbuatan manusia atau kesan daripada cuaca buruk yang melanda kawasan berkenaan.[sumber]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...