Misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang terus menemui jalan buntu apabila tidak mengesan sebarang petunjuk positif selepas lebih 36 jam gerakan SAR digerakkan.
Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS), Bambang Soelistyo membuat pendedahan semalam bahawa kesukaran menemui pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura mungkin disebabkan ia sudah berada di dasar Laut Jawa.
“Berdasarkan koordinat yang telah didedahkan dan analisis yang menganggarkan kedudukan pesawat yang berada di sekitar lautan, kesimpulannya pesawat terbabit berada di dasar laut,” kata Bambang dalam satu sidang akhbar semalam.
Laut Jawa mempunyai kedalaman antara 2,000 hingga 7,000 meter.[sumber]