ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 29 Mac 2014

Pesawat temui 11 objek di Lautan Hindi

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menyatakan, lima pesawat carian menemui beberapa buah objek pelbagai warna di kawasan pencarian baharu.di Lautan Hindi.

"Imej fotografi objek yang dirakamkan itu akan dinilai malam ini (semalam)."Bagaimanapun, objek itu tidak boleh disahkan atau diambil kira sebagai serpihan pesawat MH370 sehingga ia tidak dipindahkan di atas kapal," kata AMSA dalam satu kenyataan.
Menurut AMSA, jumlah keseluruhan 10 pesawat yang mengendalikan pencarian di kawasan baharu merangkumi keluasan 250,000 kilometer persegi .
Agensi tersebut berkata, misi mendapatkan objek itu merupakan tugasan kapal peronda Pentadbiran Maritim China, Haixun 01 yang melakukan pencarian di kawasan itu.
Ia akan memproleh objek-objek itu pada hari ini."Keadaan cuaca dijangka munasabah untuk melakukan pencarian pada hari ini," kata AMSA.
Antara pesawat yang mengesan objek adalah sebuah pesawat Tentera Udara Diraja New Zealand dan pesawat peninjau Australia, P3 Orion.Berdasarkan laporan berita BBC, 11 objek dikesan berada di dalam kawasan pencarian baharu itu.
Terdahulu, AMSA dalam satu kenyataan berkata, misi pencarian pesawat Malaysia Airlines itu dipindahkan ke lokasi baharu kira-kira 1,100 kilometer ke timur laut Perth berdasarkan maklumat terkini yang disalur oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.
Pihak AMSA berkata, agensi penyiasatan Australia, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah menyemak data itu dan memutuskan maklumat tersebut merupakan petunjuk paling kukuh bagi mengesan kemungkinan serpihan.
Operasi pencarian penerbangan MH370 dipindahkan ke utara di Lautan Hindi selepas petunjuk baharu mendapati pesawat mungkin bergerak lebih laju daripada anggaran asal.[sumber]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...