Pelakon dan pelawak Husni Mohd Rawi atau lebih popular dengan  panggilan Bob Kuman mengucapkan ‘tahniah' kepada mereka yang  bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya dia sudah meninggal dunia  hari ini.
  Katanya,  tersebut telah 'berjaya' menyebabkan semua rakan termasuk saudara maranya sedih."Berita ini fitnah, saya terima panggilan daripada rakan tentang  perkara ini ketika hendak solat Zuhur 1 petang tadi," katanya sewaktu  ditemui di rumahnya kira-kira jam 2 petang tadi.
  Menurut  Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh  orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang  dialaminya ketika ini.
  “Saya tidak mahu tuduh sesiapa tetapi saya yakin mereka yang ini  sengaja menyebarkan berita palsu ini  untuk meraih simpati orang ramai  dan berkemungkinan orang itu mungkin boleh kutip derma kilat jika berita  saya meninggal tersebar,” katanya.
  Mesej kononnya pelakon itu sudah meninggal dunia disebarkan menerusi laman mikro Twitter tengah hari tadi.Justeru tegas Bob Kuman, dia kesal dengan penyebaran berita itu dan  berharap pihak-pihak terbabit agar menyemak sumber  maklumat yang  diterima sebelum disebarkan menerusi blog, laman sosial dan juga laman  web.
  Ketika ditanya mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan  kelantangannya bercakap mengenai beberapa isu sebelum ini, Bob Kuman  berkata, dia bersedia bersemuka dengan individu itu.
  “Saya reda dengan apa yang terjadi hari ini dan sebagai artis saya  sudah bersedia dengan masalah yang akan wujud seperti ini  dan  saya ada  seorang isteri yang baik, dia nasihatkan macam mana sekalipun yang  berlaku kena gembira, jadi saya masih tenang bila dianiaya begini,”  katanya.[sumber]
*Cuak aku..sapa la punya keja ni..tak de otak betul.. 


sengal betul spe yg sebar citer tu..cuak btul mse baca tuu..aishh~
BalasPadambanyak sangat sebar fitnah zaman sekarang ni. semoga cepat sembuh bob...
BalasPadamp/s: Bakal menggegarkan komuniti blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com
Sapa lak la yg buat citer nihhh
BalasPadamkalau takde bukti sahih jangan pandai pandai nak sebarkan.ish ish.sape punye keje lah kan..
BalasPadamdah mentaliti org mesia kan,
BalasPadamcepat je tersebar bab2 macam nie..
Fitna is everywhere. Makin menjadi pula kes yang mengatakan seseorang telah meninggal dunia. Who are they to say they're dead. They're not God :|
BalasPadam