Pengambilan makanan atau minuman berasaskan  kacang soya boleh menjejaskan rawatan kanser dan menggalakkan tumbesaran  tumor di kalangan pesakit kanser payudara, menurut sekumpulan saintis.
Penyelidik dari Universiti Georgetown yang membentangkan kajian  mereka dalam satu persidangan perubatan di sini semalam berkata,  terdapat kemungkinan kaitan antara pengambilan kacang soya dan tindak  balas ubat kanser payudara yang biasa diambil iaitu tamoxifen.
Menurut mereka, kajian yang dilakukan terhadap tikus makmal  menunjukkan, tikus yang diberi makanan atau minuman berasaskan kacang  soya dari kecil bertindak balas sempurna dengan tamoxifen.
Sebaliknya, tikus yang mula diberi makan bahan itu ketika dewasa dan  selepas diserang kanser payudara, didapati kebal dengan rawatan yang  diberikan.
"Kajian ini mencadangkan agar wanita yang tidak biasa mengambil  kacang soya, patut menghentikannya jika disahkan menghidap kanser  payudara," kata Leena Hilakivi-Clarke, yang juga merupakan profesor  bahagian onkologi di universiti tersebut.
Menurutnya, kacang soya mengandungi bahan isoflavone yang meniru  penghasilan hormon estrogen yang oleh tubuh pada paras rendah dan ia  dikategorikan sebagai sumber protein yang sihat.
Bagaimanapun, manfaat dalam menentang penyakit yang paling ditakuti  wanita itu biasanya dikaitkan dengan kanser payudara jenis penerima  positif hormon rendah bagi wanita Asia, yang biasa mengambil soya dalam  diet harian mereka sejak kecil.
Disebabkan tamoxifen biasanya diberi kepada pesakit kanser dengan  saraf penerima estrogen atau progesteron tumor jenis positif, kajian  mencadangkan mereka yang mengambil soya pada usia dewasa boleh  menyebabkan ubat tersebut tidak berkesan.[sumber] 
*Cuak aku..amalkan gaya hidup sihat..sihat sepanjang hayat.. 


yeker.. hari2 minum sebab nak baby kulit putih,cerah..huhuhu
BalasPadamalahaii..dah le suke minum soya.kene kurangkan minum soyalah camni..thanks for the info.
BalasPadam