Google meneroka pasaran baru bidang teknologi  apabila memperkenalkan cermin mata jenis gogal yang membolehkan  seseorang melihat e-mel, melakukan carian atau mencari arah jalan  menggunakan peralatan itu.
Cermin mata yang didedahkan melalui laman web Google Plus, Project  Glass itu, menggunakan kawalan suara dan menawarkan penunjuk arah  melalui sistem penentu kedudukan global (GPS).
Ia merupakan produk yang dihasilkan oleh makmal Google, Google X dan  syarikat enjin carian itu kini mencari idea untuk menambah baik cermin  mata tersebut.
Demonstrasi cara menggunakan cermin mata itu di laman web tersebut  menunjukkan penggunaan Google Maps di mana ia memberi arah jalan ke  sesuatu tempat dari lokasi anda berada.
Dalam demonstrasi tersebut, cermin mata itu menggunakan kawalan suara  untuk melihat senarai kenalan, menghantar emel dan melakukan carian.
Cermin mata itu menggunakan sistem operasi Android selain mikrofon  dan pelbagai peralatan lain yang digunakan pada telefon bimbit  menggunakan sistem operasi sama.Demonstrasi itu turut menunjukkan emel dan maklumat lain di skrin cermin mata berkenaan.[sumber]

