Penyanyi dangdut, Dewi Persik atau lebih dikenali sebagai Depe,  sering dikaitkan dengan berita sensasi.Hampir setiap tindak-tanduknya mencetuskan kontroversi.  Walaupun  begitu, Depe mengaku amat menjaga keperawanannya kerana baginya ia  sesuatu yang suci.
“Saya bangga dapat memberikan keperawanan kepada suami. Itu bermakna saya mentaati ajaran agama,” katanya kepada detikhot, semalam.
Depe sebelum ini memang sudah bergelar janda selepas bercerai dengan  Saipul Jamil.   Selepas perceraian itu,  ada khabar angin mengatakan dia  berkahwin dengan kekasihnya,  Jusuf Ferry Dzaatz.   Bagaimanapun, Depe  menafikan dakwaan  itu. 
Belum pun berita mengenai perkahwinan itu reda,  Depe mengaku pula menikah dengan Aldi Taher pada Julai 2008.  Namun,  perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila dia kembali menyandang  status janda pada November 2009.  Sebelum ini, Depe  dilaporkan  melakukan pembedahan dara. 
Dia mengaku tidak peduli dengan kontroversi  yang timbul ekoran berita sensasi yang dikaitkan dengan dirinya.Apa yang penting buat penyanyi dangdut itu yang digelar Goyang Gergaji ialah menjaga keperawanannya.
“Memelihara keperawanan itu bererti menjaga akhlak yang suci dan kesempurnaan iman,” kata Depe.[sumber]
*Cuak aku.. 


yea ker masih dara.......heheh
BalasPadam