Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan  tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan  Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus  universiti itu di sini, petang semalam.
  Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan  pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan  dirinya sebelum nekad terjun bangunan.
  "Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.
  "Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
  Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.
  Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.
  "Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor  Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan  berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.[sumber]
*Cuak aku..harap kes2 macam ni tak berulang lagi..perlu di kaunseling pelajar2 yang dikesan mengalami kemurungan..


aduhai.. pe laa nak jadi...
BalasPadamadehhh...ni kes serius nih...tekanan hidup kot.
BalasPadamsenang menyelesaikan masalah...lompat bangunan...hemmm
BalasPadammasyaallah adik junior ku..sampi macam ni sekali kau bertindak dik..
BalasPadamuishhh... tak igt tuhan ke aduhhhhh
BalasPadam