Pengusaha yang mencetus kejutan setelah kes mahkamah mengenai status  jantinanya dipaparkan di muka hadapan akhbar semalam, tampil meluah suka  dukanya sejak bergelar isteri.
  Sri Wani Choo Abdullah, 37, berkata, dia tetap sayang kepada suaminya,  Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan universiti tempatan walaupun dilanda  pelbagai dugaan.
  “Biarlah apa orang nak kata; Tuhan mengetahui segala-galanya,” katanya  dalam nada sedih, tetapi yakin, dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Harian.
  Dalam laporan semalam, bekas dekan itu, yang mengesyaki isterinya lelaki memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah, kelmarin.Bahrom bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya itu, yang memeluk Islam, pada 2001.
  Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi  Sri Wani pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil  nikah di Kedah.
Menyedari isterinya seorang lelaki, Bahrom membuat aduan di Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.   Sri Wani, yang berasal dari Bentong, Pahang, memfailkan bantahan terhadap permohonan suaminya dengan mendakwa dia dianiaya.[sumber]
*Cuak aku..lelaki ke tak lelaki ni..kih kih kih 

