Hal perceraian sudah pastinya perkara yang paling ingin dihindari oleh setiap pasangan yang berkahwin.Begitu juga halnya dengan pasangan suami isteri, Rita Rudaini Mokhtar,  36 dan Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 yang diuji dengan pelbagai dugaan  sepanjang lima tahun tempoh perkahwinan mereka.
  Setelah pelbagai dugaan dilalui dengan tabah, akhirnya kemelut rumah  tangga pasangan ini tiba di kemuncaknya apabila kelmarin Rita menerima  mesej daripada suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak mengenai permohonan  cerai.
Menganggap apa yang berlaku sebagai takdir yang sudah tertulis untuknya, Rita tidak mahu melayan perasaan sedih sebaliknya hanya ingin menumpukan perhatian kepada anak-anak.
  “Saya anggap apa yang berlaku sudah tertulis sebagai takdir saya. Saya  percaya pada qada’ dan qadar Allah dan terima ia dengan redha.
  “Malah, saya bersyukur sangat-sangat kerana kekuatan saya adalah pada  mata anak-anak. Saya tidak kisah hilang yang lain asalkan anak-anak  sentiasa bersama saya,” katanya yang ditemui semasa majlis hari lahirnya  yang ke-36, hari ini.
  Menurut Rita, permohonan penceraian tersebut tidak langsung  memeranjatkannya memandangkan Aidil sendiri tidak pulang ke rumah mereka  di Damansara sejak empat bulan lalu.
  Mengakui sudah tawar hati dengan perangai suaminya, Rita bagaimanapun  tidak pernah menyesal bergelar isteri kepada pemain bola sepak itu.[sumber]
*Cuak aku..itu pentingnya restu orang tua.. 


cakap banyakpun tak guna!!.
BalasPadamtakot pulak. -,-"
BalasPadam