Seorang wanita yang menghidap penyakit ganjil iaitu dia rebah setiap  kali ketawa bimbang dia mungkin menurunkan sakit aneh itu kepada anak  lelakinya.
Kelly Timson, 25,  tidak boleh menyaksikan pertunjukan jenaka atau  malah pergi ke pub bersama temannya kerana setiap kali dia ketawa, dia  akan rebah. 
Kelly mengalami keadaan neurologi yang jarang berlaku  dipanggil Cataplexy bermaksud tubuhnya mencapai tahap lumpuh sepenuhnya  akibat tindak balas emosi seperti geli hati, terkejut, marah dan malah,  sayang.
Hanya merenung dengan penuh kasih sayang kepada dua anaknya, Charlie, lima dan Ronnie, dua tahun menyebabkan Kelly tidak dapat bergerak atau bercakap.
Dia sering rebah di lantai dan  mencederakan dirinya. Pada satu ketika dia hampir lemas selepas jatuh  dengan muka tersembam di sofa. Kelly mengalami hingga 20 serangan  cataplexy dalam sehari dan memerlukan ibu atau adik lelaki di sampingnya  setiap masa seandainya dia rebah. 
Kelly juga mengalami keadaan  berkaitan dengan penyakitnya narcolepsy yang bermakna dia akan terlelap  sepanjang hari, tanpa mengira apa yang sedang dilakukannya.[sumber]
*Cuak aku.. ada jugak penyakit macam ni ye..


cuak jugak... jgn la kt terkena penyakit mcm ni. naya jugak.. kesian kelly tu
BalasPadamkesiannye dia.. tak dapat hidup normal macam manusia biasa.. mmg scarry bunyi nye.. asal dia ketawa je dia rebah.. ni lah dinamakan penyakit 1 dalam 1 juta kan??
BalasPadamsian dia
BalasPadammacam2 penyakit ada sekarang..
BalasPadamnur rasa...kes ni..dh lma dekat paper kan...hee
BalasPadamJangan sesekali buat lawak depan dia..kang tak pasal pasal je kan..
BalasPadam