Beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS)  mengalami keadaan agak cemas selepas satu letupan kuat berlaku  disebabkan batu meteor yang jatuh, semalam.
Letupan yang turut menggegarkan kediaman di kawasan kejiranan Reno ke  Winnemucca, Nevada dan Sacramento ke Bakersfield wilayah California,  mencetuskan panik sehingga penduduk bertindak menghubungi agensi pihak  berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka.
Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi.
Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan  Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar  kawasan Sierra, barat daya Reno.
Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta  letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu  itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat  daripada bumi.[sumber]
*Cuak aku..sapa2 nak jadi superhero boleh pegi ambik meteor tu..kih kih kih


wahh tak tau pon nie.. cuakk ! wahahahhaa
BalasPadamterbayang clark kent..hihi
BalasPadampasni ramai clark kent & lex luthor muncul kt area tu, huh...
BalasPadamKasi hancur itu calipornia...hehehe mesti gigil giler derang nih
BalasPadamtakotnye... bumi ni kecik je. subhanallah
BalasPadam