Pengacara program televisyen TV3 Melodi, Khaidhirah Abu Zahar,  28, atau lebih dikenali sebagai Dira menafikan dia merupakan  personaliti yang dikaitkan dengan kes memijak muka seorang wanita di  sebuah pusat hiburan semalam.
Menurut Dira, dia langsung tidak mengetahui tentang perkara tersebut  dan menyifatkan berita mengaitkan beliau itu sebagai satu kesilapan.
"Saya tidak tahu mengapa nama saya dikaitkan dengan perkara ini. Dan  kalau boleh saya juga tidak mahu memberi apa- apa komen mengenai hal  ini.
"Apa yang pasti, jika kejadian ini berlaku semalam, saya ada bersama  anak sedang membeli-belah jadi tidak mungkin saya merupakan personaliti  berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang pengacara rancangan gosip  popular dikatakan menyerang seorang wanita yang sedang meraikan majlis  hari lahir rakannya di sebuah pusat hiburan dengan memijak muka mangsa  menggunakan kasut tumit tinggi.[sumber]


lawa jugak dira nie lama2 tengok..hihi
BalasPadamorg gile kot yg buat mcm tu
BalasPadamBetul ke ni..
BalasPadamape kes lak pijak memijak ni.bawak bincang elok elok kan bagus..
BalasPadamerr...pijak? errr....ye ke...?
BalasPadam