Seorang wanita lumpuh, Claire Lomas menjadi manusia pertama  menamatkan perlumbaan maraton dengan menggunakan sut bionik apabila tiba  di garisan penamat di sini kelmarin, 16 hari selepas dia memulakan  larian.
Lomas, 32, mengalirkan air mata kegembiraan ekoran berjaya menamatkan  larian Maraton London sejauh 42.2 kilometer dengan bantuan sut bionik ReWalk.
Sut berkomputer berkenaan meniru tindak balas sendi manusia bagi membantu orang lumpuh bergerak.
"Pada mulanya, saya sangsi dapat menamatkan larian ini," kata Lomas  yang lumpuh akibat terjatuh semasa menunggang kuda lima tahun lalu.
"Saya berusaha setiap hari dan setiap langkah membawa saya semakin  hampir ke garisan penamat," tambahnya. Kehadiran suami dan anak  perempuannya yang berusia 13 bulan, Maisie membakar semangat wanita itu  untuk berjalan lebih dua kilometer sehari.
Dia yang bekerja sebagai pereka barangan kemas berjaya mengumpulkan  sumbangan lebih £86,000 (RM426,034) untuk sebuah tabung amal bagi  membiayai penyelidikan rawatan lumpuh akibat patah tulang belakang atau  leher. Berharga sekitar £43,000, sut ReWalk direka oleh seorang usahawan Israel, Amit Goffer.[sumber]
*Cuak aku.. 


Semangat tu yang penting kan untuk berjaya kan..thumbs up untuk dia.
BalasPadamteknologi ni kalau digunakan sebaiknya mmg byk manfaat..cayalah! lumpuh pun bleh marathon...sy yg sihat ni marathon masa skolah dlu je..hihi
BalasPadamni lah yg dikatakn nak seribu daya xnk seribu dalih.. kalau nk, walau camne pun kita, msti blh dpt kn..
BalasPadamaiyooo..smgt tak luntur ..bagus wanita ini
BalasPadam