Pelakon dan penyanyi terkenal Jennifer Lopez  muncul sebagai Selebriti Paling Berpengaruh di dunia mendahului senarai  100 nama yang dikeluarkan Forbes, sekali gus mengenepikan jutawan media,  Oprah Winfrey.
Pemilihannya itu dibuat berdasarkan gabungan pendapatan, liputan  media serta populariti yang diterimanya dalam tempoh 12 bulan bermula  Mei tahun lalu.
Menurut Forbes, pendapatan pelakon jelita itu dianggarkan berjumlah AS$52 juta (RM161.7 juta) sepanjang 12 bulan lalu.
"Lopez adalah contoh terbaik selebriti yang berjaya. Dia mampu menguruskan kerjaya dengan baik," kata Forbes.
Kejayaannya sebagai hakim rancangan realiti terkenal American Idol,  kebangkitan semulanya dalam bidang nyanyian, serta tumpuan yang  diterima selepas bercerai dengan Marc Anthony, merupakan antara faktor  yang meningkatkan pendapatannya.
Sementara itu, Winfrey, pengacara rancangan temu bual terkenal The Oprah Winfrey Show berada di tempat kedua dengan pendapatan berjumlah AS$165 juta (RM513 juta).
Penyanyi remaja Kanada, Justin Bieber, berada di tempat ketiga dengan  pendapatan berjumlah AS$55 juta (RM171 juta), manakala penyanyi Rihanna  berada di tangga keempat dengan pendapatan berjumlah AS$53 juta  (RM164.8 juta).
Antara selebriti lain yang berada dalam senarai 10 teratas ialah  penyanyi terkenal, Lady Gaga dengan pendapatan berjumlah AS$52 juta  (RM161.7 juta), penyanyi Britney Spears AS$58 juta (180.3 juta) dan Kim  Kardashian AS$18 juta (RM55 juta).
Secara keseluruhan, Winfrey kekal berada di tangga teratas dengan  pendapatan berjumlah AS$165 juta (RM513 juta), walaupun jauh lebih  rendah berbanding pendapatannya pada tahun lalu sebanyak AS$290 juta  (RM901 juta).[sumber]
*Cuak aku... 

