Pelakon Adi Putra dan isteri mengambil keputusan untuk menarik balik  permohonan cerai mereka di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam  selepas sepuluh hari kes itu difailkan pada 11 Mei lalu.
Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 31, dan  Zuhaidah Yusof, 37, yang datang bersama-sama ke mahkamah menyerahkan  sendiri notis penarikan balik di kaunter mahkamah mengikut Subseksyen  95(1)) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)  1998.
Pasangan itu hadir ke mahkamah seawal pukul 7.30 pagi untuk  menghantar notis tersebut kerana mereka disyaratkan berbuat demikian  sebelum kes itu disebut di hadapan Hakim Syarie Mohd. Suhaily Rosdi pada  pukul 8.30 pagi.[sumber]
*Cuak aku..skang ni cerai di buat main2 je.. 


Baguslah dah tak jadi.
BalasPadamsemoga kalian segera menimang cahaya mata agar kasih sayang anak merapatkan hubungan anda berdua. AMIN
BalasPadam