ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 22 Mei 2012

Adi Putra tak jadi cerai

Pelakon Adi Putra dan isteri mengambil keputusan untuk menarik balik permohonan cerai mereka di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas sepuluh hari kes itu difailkan pada 11 Mei lalu.

Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 31, dan Zuhaidah Yusof, 37, yang datang bersama-sama ke mahkamah menyerahkan sendiri notis penarikan balik di kaunter mahkamah mengikut Subseksyen 95(1)) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.

Pasangan itu hadir ke mahkamah seawal pukul 7.30 pagi untuk menghantar notis tersebut kerana mereka disyaratkan berbuat demikian sebelum kes itu disebut di hadapan Hakim Syarie Mohd. Suhaily Rosdi pada pukul 8.30 pagi.[sumber]

*Cuak aku..skang ni cerai di buat main2 je..

2 Pengkritik Yang Cuak:

  1. semoga kalian segera menimang cahaya mata agar kasih sayang anak merapatkan hubungan anda berdua. AMIN

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...