Pelakon drama Gerak Khas,  Abby Abadi menafikan dia telah menyertai  parti  Pas selepas terbabit dalam satu majlis ceramah  agama dan  motivasi anjuran parti politik itu di Rhu  Muda, Kuala Terengganu, Sabtu  lalu.
Menurut Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 35,  kemunculannya pada  majlis yang dihadiri lebih  1,000 orang itu telah menimbulkan banyak   spekulasi dalam kalangan para peminatnya  sehingga  mencetuskan tanda  tanya.
“Saya bukannya ahli Pas walaupun menyertai  majlis itu sebagai salah  seorang ahli panelnya.  Saya bercakap atas kapasiti  sebagai artis dan  ia  adalah majlis ilmu dan tidak ada kena-mengena  dengan kempen  politik," katanya.[sumber]
*Cuak aku..skang kalau berlakon lagi jangan masuk pas  nanti tak pasal2 kena gam kat tv..janji dalam hati tu dah masuk pas..


elok juga tu. kalau masih berlakon dan masuk pas tentunya akan menjatuhkan maruah PAS.
BalasPadam