Kerana bosan berdepan dengan kerja membina jalan raya yang tidak   berkesudahan, seorang penduduk bertindak mengubah tanda jalan raya yang  menunjukkan ‘orang sedang bekerja’ kepada yang menunjukkan seorang  pekerja duduk sambil minum dan merokok.
Penduduk di bandar Melksham, Wiltshire, sudah beberapa bulan berdepan dengan kerja pembinaan jalan raya di sekeling bandar itu.
Penduduk yang mengubah tanda jalan raya itu berhasrat memberitahu kontraktor mengenai tanggapan penduduk tempatan terhadap mereka.
Anggota Majlis  Perbandaran dari Parti Liberal Demokrat, Jon Hubbard berkata: “Banyak  kerja pembinaan jalan raya dilakukan  di Melksham ketika ini hingga  menimbulkan kerumitan kepada penduduk.
“Tidak mengejutkan jika ada orang yang menukarkan tanda jalan itu  kerana ia adalah masalah besar di bandar itu dengan kerja pembinaannya  dilihat seolah-olah  akan berterusan  selama-lamanya.”[sumber]
*Cuak aku..perli makan dalam ni..tak paham2 jugak tak tau la..kih kih


muhahaha.. mcm2 juga org ne kn
BalasPadampergh.. seb bek lagu tu slow je cara perlinya..
BalasPadam