Aktor terkenal, Shah Rukh Khan berdepan dengan siasatan polis dan  larangan seumur hidup daripada memasuki sebuah stadium utama kriket di  sini selepas dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan, kata  beberapa pegawai.
Shah Rukh bertengkar dengan seorang pengawal itu di atas padang Stadium Wankhede di sini kelmarin.
Kejadian itu berlaku apabila Shah Rukh, 46, membawa beberapa remaja  termasuk anak perempuannya, Suhana ke atas padang di stadium tersebut  selepas satu perlawanan kriket.
Seorang jurugambar agensi berita AFP berkata, seorang pengawal keselamatan menghalang kumpulan remaja tersebut daripada bermain di atas padang.
Tindakan pengawal itu mencetuskan kemarahan Shah Rukh.Pelakon itu kemudian bertengkar dengan pengawal tersebut selama 10 hingga 15 minit.Dua lelaki dilihat campur tangan dalam pertengkaran itu.
Namun, Shah Rukh kemudian mengalah dan meninggalkan stadium tersebut."Beberapa pengawal keselamatan memintanya supaya dia beredar tetapi  Shah Rukh yang memulakan pertengkaran," kata Setiausaha Persatuan Kriket  Mumbai, Nitin Dalal.
Menurutnya, dia memasuki padang 30 minit selepas perlawanan berakhir."Beberapa pengawal memberitahunya bahawa dia memasuki padang pada masa yang tidak sesuai.
"Shah Rukh tidak berkelakuan baik dan menggunakan bahasa kesat," katanya.Dalal berkata, pihaknya telah memfailkan aduan kepada polis.Menurutnya, pelakon itu mungkin dilarang daripada memasuki stadium tersebut pada masa depan.[sumber]
*Cuak aku..hero mana boleh mengalah..kih kih kih 


berlagak betul hero hinsdustan sorang ni haha.. suke2 die je nk bawak org masuk kat padang
BalasPadammenyampah aku
BalasPadam