ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 21 Januari 2013

Video Detik-detik cemas ahli politik diacu pistol

Seorang lelaki, Oktay Enimehmedov mengacukan sepucuk pistol ke arah seorang ahli politik, Ahmet Dogan di Istana Budaya Kebangsaan di sini kelmarin.

Bagaimanapun, Enimehmedov hanya mengacukan sepucuk pistol gas di kepala Dogan.Kejadian itu berlaku ketika ahli politik tersebut menyampaikan ucapan kepada anggota-anggota partinya, Pergerakan Untuk Hak dan Kebebasan.

Dogan kelihatan takut semasa lelaki berusia 25 tahun itu mengacukan pistol tersebut.Tembakan pistol gas tersebut tidak boleh menyebabkan seseorang itu mati. Ahli politik itu sempat menepis tangan Enimehmedov. 

Pemuda tersebut kemudian ditangkap oleh beberapa perwakilan parti itu dan anggota keselamatan.Bahagian bibir pemuda berkenaan kelihatan berdarah akibat pergelutannya semasa beberapa anggota parti itu dan anggota keselamatan mahu menangkapnya. 

Dogan, 58, tidak cedera dalam kejadian tersebut.Seorang ahli psikologi di Kementerian Dalam Negeri, Nedelko Stoychev berkata, pemuda tersebut meninggalkan sepucuk surat untuk ibunya.

Pemuda berkenaan menyatakan dalam surat tersebut bahawa dia tidak berniat untuk membunuh ahli politik itu.Menurutnya, Enimehmedov hanya mahu menunjukkan bahawa ahli politik berkenaan bukannya tidak boleh disentuh. 

Pemuda berkenaan juga mempunyai rekod kesalahan dadah, rompakan dan melakukan kegiatan samseng.Dia mungkin dihukum penjara enam tahun jika didapati bersalah melakukan perbuatan itu.Pemuda itu menyatakan kepada polis, dia bertindak bersendirian.[kosmo]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...