ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 26 Januari 2013

Kereta Mario Balotelli bernilai RM624,685

Pemain kelab bola sepak Manchester City, Mario Balotelli dilaporkan mengelak daripada bertemu para peminatnya semasa membeli-belah di sebuah butik, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.

Dia dikatakan melarikan diri menerusi pintu belakang sebuah butik di Manchester kelmarin selepas sejumlah peminat menyedari tentang kehadirannya.

Balotelli, 22, juga merupakan bintang bola sepak Itali.Mereka menyedari kemunculan Balotelli apabila terlihat kereta Bentley miliknya yang diletakkan berhampiran premis tersebut.

Ketika mahu beredar daripada butik berkenaan, Balotelli ternampak sejumlah peminat yang menantinya di pintu depan.

Namun, pemain itu meminta seorang rakannya memandu kereta bernilai £130,000 (RM624,685) tersebut ke pintu belakang kedai kerana dia enggan melayan mereka.[kosmo]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...