ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 9 Januari 2013

#112KL: Penganjur boleh guna Stadium Merdeka

Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini mengumumkan bahawa pengurusan Stadium Merdeka membenarkan mereka menggunakan tempat bersejarah berkenaan bagi perhimpunan 12 Januari.

Pengerusi penganjur himpunan itu Mohamad Sabu berkata pihaknya menerima surat keizinan bagi menggunakan stadium pada kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Dalam surat berkenaan, pihak stadium juga menetapkan syarat agar penganjur membayar RM75,000 sebagai wang pendahuluan untuk menggunakan stadium berkenaan, katanya.

"Kita akan tunaikan," kata timbalan presiden PAS yang menambah, pihaknya akan menghantar delegasi untuk berbincang dengan pengurusan stadium mengenai aspek keselamatan dan persiapan perhimpunan tersebut.

"Kita akan menghantar jawatankuasa untuk berunding dengan pengurusan stadium mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh (dilakukan), yang dikenakan oleh pihak stadium," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Stadium Merdeka.[malaysiakini]

*Jom turun ramai2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...