ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 28 April 2011

Serah DNA: Anwar berang bila diasak wartawan

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan satu kes tayangan video lucah.

Anwar ketika bercakap kepada wartawan apabila selesai memberi keterangan kira-kira sejam selepas itu kemudiannya berang apabila ditanya berhubung sama ada beliau akan menyerahkan DNA beliau kepada polis.

"DNA apa you nak?" soalnya beberapa kali kepada seorang wartawan yang menanyakan soalan berkenaan.
Dengan nada yang keras, Anwar turut bertanya kepada wartawan berkenaan sekiranya beliau merupakan wartawan daripada stesen TV3.
Tanpa putus asa, wartawan wanita itu terus mengemukakan soalan sama dalam sidang media di dalam kawasan parkir ibu pejabat polis tersebut.
"Jangan biadap dengan saya. Tanya soalan lain.
"TV3 adalah alat perkakas murahan umno dan saya minta saudari ingat itu," herdiknya lagi.
Peguamnya, Sivarasa kemudiannya berkata dua orang pegawai polis yang merakam kenyataan Anwar juga telah mengemukakan soalan yang tidak relevan ketika siasatan.

NONEBeliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah bentuk soalan yang dikemukakan itu.

Namun, beliau tidak menyifatkan soalan yang diajukan polis bertujuan untuk mengaitkan Anwar dengan kesalahan berhubung perlakuan seks dalam video berkenaan.

"Saya tidak fikir begitu sebab dalam laporan kita jelas kesalahan dilakukan oleh orang lain," katanya lagi.
Tambahnya, laporan polis sebelum ini juga dibuat berhubung dakwaan ugutan yang dilakukan oleh Datuk T melalui satu kenyataan oleh trio berkenaan.

"Mereka ugut, ancam supaya (Anwar) letak jawatan. Ini satu implikasi jenayah.

"Ini jelas satu tindakan terancang Umno BN untuk aibkan Anwar," tambahnya.

Katanya, beliau tidak melihat polis bertindak dengan tegas dalam menjalankan siasatan kes ini. [malaysiakini]

 *wartawan pekakas umno memang soalan bodoh..nnt masuk tv,masuk surt kabar potong mana yang patut.. .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...