ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 8 April 2011

Manifesto Pakatan Rakyat dan BN

menifesto PR praktikal dan boleh dilaksanakan
manifesto Pakatan Rakyat dilancarkan oleh beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat negeri dan pusat antaranya Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan beberapa calon Pakatan Rakyat yang bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini.
Sepuluh perkara yang terkandung di dalamnya ialah kebebasan kepercayaan, pentadbiran yang baik, reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra, pembasmian kemiskinan, hubungan persekutuan negeri Sarawak yang lebih hijau, layanan adil kepada semua rakyat Sarawak, kebudayaan dan pendidikan, hak wanita dan melabur dalam masa depan.


Bagi reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra,Pakatan Rakyat memberi jaminan untuk menubuhkan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumitputra bagi menyiasat semua tuntutan Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR),dan selepas itu mengkaji selidik dan mengeluarkan geran atau pajakan bagi tanah yang dipersoal sejajar dengan adat kaum asli Sarawak.
Nizar yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat Perak juga berkata, kandungan manifesto berkenaan mampu memberikan satu perubahan kepada Sarawak dan rakyatnya.[harakah]

Manifesto BN ringkas, padat

 majlis pelancarannya manifesto ialah, isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib, calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka Dr Annuar Rapaee, calon BN DUN Dalat Datin Fatimah Abdullah, calon BN DUN Baleh Dato Sri James Masing dan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Manifesto setebal 30 muka surat itu menyenaraikan sembilan elemen yang menjadi teras kepada perjuangan BN pada Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10. Antaranya:
  • Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak.
  • Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum.
  • Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua.
  • Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua.
  • Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.
  • Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.
  • Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.
  • Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan.
  • Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.[theborneopost]
 *tak kisah la macam mana pun manifestonya janji rakyat yang senang.. 
jangan manifesto video dan fitnah sudah la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...