“Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir  untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh,” kata  produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, mengenai perceraiannya  dengan suami, Jalani Sidek, 48, yang akan difailkan di Mahkamah Rendah  Syariah Gombak Timur, dekat sini, hari ini. 
Raja Azmi berkata, perceraiannya dengan bekas pakar beregu  badminton negara itu dilakukan secara baik atas persetujuan bersama,  malah mereka akan diwakili peguam  sama, Roslizam Rahim. 
  “Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh  dan menghina suami  sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda  rumah tangga kami hingga hubungan kami  suami isteri tidak lagi seperti  dulu. 
“Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro, petang semalam.
“Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro, petang semalam.
Raja Azmi berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua, malah keluarga.[sumber]
*Cuak aku..bercerai bukan langkah terbaik untuk membersihkan diri dari fitnah..dah nama pun fitnah..apa nak heran..


penyelesaian bercerai inilah yang dibenci oleh Allah dan Rasul.
BalasPadammcm2
BalasPadam