“Perkara lepas biarkan berlalu. Saya tak mahu ia mengganggu kerjaya  saya yang baru saja bermula. Saya tak nafikan mengenali gadis terbabit,  tapi saya bukan playboy.
“Buat masa ini, saya tak mahu layan apa-apa gosip atau kontroversi  membabitkan nama saya. Orang boleh kata apa saja, tapi saya tahu  kebenarannya,” kata bintang muda bola sepak negara, Muhamad Nazmi Faiz  Mansor, 17, mengenai penyebaran beberapa gambar gadis di Internet yang  didakwa teman wanitanya.
Carian dan semakan Metro Ahad mendapati sekurang-kurangnya dua gadis  dikaitkan dengan pemain itu yang baru saja menandatangani kontrak  lumayan dengan kelab divisyen satu Portugal, SC Beira-Mar, baru-baru  ini.
Kebanyakan gambar itu membabitkan aksi mesra Nazmi bersama seorang gadis yang dikatakan kekasih barunya dikenali sebagai Tengku F.
Kebanyakan gambar itu membabitkan aksi mesra Nazmi bersama seorang gadis yang dikatakan kekasih barunya dikenali sebagai Tengku F.
Tidak cukup dengan itu, beberapa gambar wanita lain turut dikaitkan dengannya, termasuk seorang dikenali sebagai N, sehingga membuatkan Nazmi digelar ‘playboy’ di kalangan pengkritiknya.[sumber]
*Cuak aku..tak pe nazmi..awek portugal lagi ramai nanti tu..masa ni layan awek malaysia dulu..kih kih kih.. 

