Seorang ibu ditahan selepas didakwa mencampak dua anak lelakinya dari balkoni tingkat 15 kerana dia bosan dengan mereka. 
Galina Ryabkova, 30, dilihat dalam keadaan selamba dalam video  pengawasan yang diambil daripada blok flet di Moscow Russia  selepas  insiden itu. 
Jiran di kompleks perumahan itu dikejutkan dengan bunyi  tubuh kanak-kanak lelaki berusia empat dan tujuh tahun itu jatuh ke  tanah. 
Walaupun mereka berusaha untuk membantu, kanak-kanak terbabit  meninggal dunia sebelum petugas kecemasan tiba. 
Menurut RT, Galina  berkata, “dia bosan dengan anaknya” dan memutuskan “untuk menghapuskan  mereka.” 
Galina yang suaminya keluar atas urusan perniagaan tinggal di  tingkat lapan bangunan itu dan dipercayai  membawa kanak-kanak berkenaan  ke tingkat 15 sebelum mencampakkan mereka kelmarin. 
Seorang jiran di  blok apartmen yang sama menceritakan kejadian ngeri itu kepada Life  News.
Lelaki itu yang tidak mahu dikenal pasti, berkata, isterinya  mengejutkannya memberitahu bahawa kanak-kanak terbabit jatuh dari  bangunan itu. 
Pasangan berkenaan berlari keluar dan melihat dua  kanak-kanak itu terbaring di tanah di depan pintu masuk utama kompleks  apartmen terbabit.[sumber]
*Cuak aku.. 


Kalau dah macam tak usahlah beranak!!.
BalasPadambudus punya mak
BalasPadam