Seorang gadis yang mengaku dirinya ‘pontianak’ dituduh menyerang seorang lelaki tua, menggigit muka dan lengannya sehingga mememerlukan jahitan.Josephine Smith, 22 tahun, dikatakan memberitahu mangsanya yang berusia 69 tahun: “Aku pontianak, aku akan makan kamu.”
Milton Ellis terpaksa menerima jahitan pada lukanya setelah diserang di depan Restoran Hooter yang kosong di St. Petersburg, Florida. Polis berkata, Elis yang menggunakan kereta roda bermotor, tidur ketika Josephine menyerangnya.Ellis yang berdarah, dapat melarikan diri ke sebuah stesen minyak berdekatan dan menelefon polis.
Apabila polis tiba, mereka menemui Josephine yang hampir berbogel dan berlumuran darah, berdekata restoran itu. Dia memberitahu pegawai polis, dia tidak tahu apa yang berlaku.Menurut maklumat
Facebooknya, Josephine seorang pelajar “pembantu pergigian” di Insititut Fortis di Pansacola.
Josephine ditahan dan dituduh menyerang bertubi-tubi orang tua. Kurang sebulan lalu, dia ditahan di Escambia County kerana memiliki dadah. Dia ditahan di Penjara Pinellas County dan menunggu ikat jamin AS$50,000 (RM150,000).[sumber]
ni pempuan yang mengaku dia puntianak |
muke nak saiko minah ni.wakakaka
BalasPadamkau pontianak.. ade aku kesah ke wahai perempuan.. perasan~ haha.. memang mental.. ngaku sbagai pontianak.. sgt tak awesome.. hahaha..
BalasPadamHahahaha... Dashat... Lapar sangat ke sampai nak gigit leher orang... kui.. kui.. kui..
BalasPadamadoyai nye ponnn
BalasPadammuke pon dah cuku menakutkan..muke mintak darah..weeee
BalasPadammak aii. cuak den!
BalasPadamdah jadi physcopath budak ni....huhu
BalasPadamtak takut..tak takut..haha
BalasPadamhaha..ada2 je dorang ni kan..kes pelik2 je..huhu~
BalasPadammesti prempuan ni saiko..
BalasPadamx pun ada urat mana2 ptus!!..
kna rawat cpat ni!!
keliru je muka dia memang patutlah ingat diri pontianak.. :p
BalasPadamsaiko la pompuan ni fuh..
BalasPadampengaruh fillerm horror arg tu, ntah2 nanti org mesia pon cenggitu, manyak nau cerite hantu kat tb
BalasPadamorg gilak! hahaha
BalasPadamreject kalu nk jd menantu ni
BalasPadammst stress sgt ni study pasal gigi.
BalasPadam